Kecewa menjadi mangsa serangan, ahli perniagaan Jho Low mendakwa sesetengah golongan dalam Umno mnggunakan unsur perkaumandengan mempersalahkan “budak Cina curi wang dan berjoli arak”.<br /><br />Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, katanya, beliau dituduh sebagai individu utama yang menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<br /><br />Sebaliknya, kata Low, lima lagi anggota lembaga TIA dan penasihat-penasihatnya iaitu Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey tidak diteliti.
