Buat pertama kali, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan pemimpin Cuba, Raul Castro, bersalaman dan duduk berhampiran dalam Persidangan Amerika bersejarah di Bandaraya Panama, semalam.<br /><br />Tindakan itu dilihat sebagai langkah baru dalam usaha memadamkan permusuhan kedua-dua negara selama beberapa dekad.
