Kira-kira 2,000 pelarian Palestin dari kem perlindungan Yarmouk di ibu negara Syria melarikan diri selepas militan Negara Islam (IS) menguasai sebahagian besar kawasan itu.<br /><br />Lebih 400 keluarga sejak Jumaat lalu mula meninggalkan kem perlindungan mereka dengan bantuan tentera yang mengawal dua laluan di daerah Zahira menuju ke Yalda yang<br />dikuasai kerajaan Syria.
