Pagar besi di sekeliling kubur bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat akan dialihkan tidak lama lagi.

Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh pagar berkenaan dibina oleh penduduk kampung dan anak murid ayahandanya tanpa pengetahuan pihak keluarga.

Tujuan mereka adalah untuk mengelakkan perbuatan bidaah oleh individu yang datang mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.

Katanya, pihak keluarganya tidak setuju dengan binaan itu dan sepakat ia dialihkan bertepatan dengan sunnah nabawiyah, iaitu tanpa binaan selain batu nisan.