Laman Kinitv dan Malaysiakini bertukar kepada hitam putih sepanjang hari ini sebagai tanda bantahan terhadap penahanan lima rakan daripada portal berita The Malaysian Insider.

Kinitv dan Malaysiakini menganggap tangkapan itu tidak wajar kerana polis boleh merakamkan kenyataan tanpa menafikan hak kebebasan individu.

Tetapi sebaliknya, menganggap pihak berkuasa mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan pihak media daripada memaparkan kepincangan kerajaan.

Isnin lalu, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyerbu pejabat The Malaysian Insider dan menahan tiga orang pengarang kanannya seharian.