Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga mengakui sebagai masyarakat bukan Islam beliau memang takut perlaksanaan hukum hudud di negara ini kerana sistem dan pentadbiran yang masih berada pada tahap yang tidak adil.<br /><br />Bercakap pada forum hudud anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, malam semalam, katanya, adalah tidak benar hukum hudud tidak berkaitan dengan masyarakat bukan Islam.