Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan bahawa Zulkifli Hir, salah seorang daripada pengganas paling dikehendaki terbunuh dalam satu operasi serbuan di Filipina, Januari lalu.<br /><br />Jabatan Negara Amerika sebelum ini menawarkan 5 juta dolar bagi memberkas Zulkifli, seorang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah di bawah rangkaian al-Qaeda yang menjadi dalang dalam beberapa serangan bom di Filipina.<br /><br />Penyiasat berkata, mereka berdepan dengan beberapa kesulitan dalam mengesahkan kematian Zulkifli disebabkan suspek terbunuh dalam serangan berdarah mengerikan yang menyaksikan 44 komando polis turut terbunuh.