Tentera dan pasukan polis Iraq yang dibantu militia Syiah dilapor sedang sengit bertempur dengan kumpulan pemberontak Negara Islam (IS) di wilayah Sheshen selatan Tikrit sejak hujung minggu lalu.<br /><br />Walaupun berjaya menawan bandar itu sejak 2 Mac lalu, namun pihak berkuasa belum melancarkan serangan darat secara besar-besaran kerana mahu mengelakkan kematian orang awam serta kemusnahan harta benda sebelum mereka menggempur bandar berkenaan.
