Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menjangkakan bahawa PAS akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-14 jika terus berkeras untuk melaksanakan hudud.<br /><br />Dalam kenytaaan medianya, Lim berkata, PAS hanya akan menjadi saki baki di beberapa negeri di utara, dan menghadapi kemungkinan tumbang di kubu kuatnya, Kelantan.<br /><br />Menurutnya, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika gabungan komponen berkenaan berpecah, namun PAS akan menganggung kerugian paling teruk.
