Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengelakkan dirinya daripada wartawan apabila bertindak meninggalkan majlis walaupun pihak media dijanjikan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar.<br /><br />Wartawan diminta berkumpul di bilik media tetapi selepas menunggu lebih sejam, mereka dimaklumkan bahawa Hadi telah beredar dan tidak sempat untuk bertemu wartawan kerana ada hal penting yang lain.