Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara ke atas lapangan terbang utama Yemen awal pagi tadi dan mengakibatkan 15 askar kumpulan pemberontak Houthi terbunuh dalam dua kejadian berasingan di Sanaa.<br /><br />Dalam serangan berasingan yang menjadikan ibu pejabat pemberontak di pangkalan tentera al-Subaha di Sanaa sebagai sasaran, menyaksikan 15 askar terbunuh.<br /><br />Seorang anggota perubatan di sebuah hospital tentera di sini berkata, pihaknya menerima 15 mayat dan 18 askar yang cedera selepas serangan udara tersebut.
