Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditahan kerana disyaki menggesa orang ramai membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.<br /><br />Katanya, perkara itu berdasarkan satu surat terbuka yang mengarahkan anggota PKR keluar esok bagi menyertai perhimpunan Kita Lawan.