Sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh akibat serangan udara tentera Arab Saudi terhadap pemberontak Huthi di ibu negara Sanaa, demikian menurut sumber pertahanan awam hari ini.

Tiga belas orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan sebelah malam tentera udara Arab Saudi," kata sumber

Arab Saudi mengetuai serangan udara 10 buah negara termasuk negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), menggempur pemberontak Syiah Houthi di Yemen, awal hari ini.

Ini bagi menyelamatkan kerajaan sah negara itu dan mengelakkan Yemen terjerumus ke kancah perang saudara, sehari selepas kumpulan pemberontak itu menawan Pangkalan Tentera Udara Al-Anad di Aden.

Negara yang terlibat dalam serangan tersebut adalah Mesir, Sudan, Pakistan, dan Jordan manakala negara anggota GCC yang menyertai operasi itu adalah Bahrain, Kuwait, Qatar, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).