Harga rumah, yang kini kian meningkat, perlu diturunkan bagi mengurangkan hutang isi rumah yang semakin besar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.<br /><br />Katanya, ini kerana sebanyak 45.7 peratus hutang isi rumah kini digunakan untuk membeli rumah atau hartanah yang merupakan punca terbesar hutang.