Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed enggan menjawab sebarang soalan mengenai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan alasan bahawa beliau kini merupakan anggota eksekutif.<br /><br />Dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau enggan mengulas soalan berkaitan penangguhan mesyuarat PAC yang dilontarkan oleh wartawan.