Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pemilik saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) supaya tidak terpengaruh dengan hasutan penentang cadangan pembelian saham syarikat Indonesia PT Eagle High Plantation.<br /><br />Menurut Najib, pemilik saham FGV perlu bersikap waras dan rasional dalam menentukan keputusan berhubung pembelian saham berkenaan bagi memastikan peluang keemasan itu tidak terlepas.
