Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ucapannya semasa mesyuarat agung tahunan Felda Global Ventures (FGV) berkata matlamat induk kerajaan adalah untuk mentransformasikan Felda sebagai kuasa politik dan ekonomi.<br /><br />Katanya, dengan sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 kerusi DUN di seluruh negara bergantung kepada undi masyarakat Felda, maka sekiranya mereka penyokong tegar BN, kerajaan akan selamat.