Lufthansa mula mengatur dua penerbangan dari Sepanyol dan Jerman hari ini bagi membawa waris keluarga mangsa ke lokasi nahas pesawat Germanwings di selatan Perancis untuk melihat sendiri kawasan berkenaan.<br /><br />Menurut Ketua Pegtawai Eksekutif Lufthansa, Carsten Spohr, syarikat itu sedang mengatur urusan berkenaan bersama pihak berkuasa Perancis bagi membolehkan waris keluarga mangsa yang ingin melihat secara lebih dekat tempat nahas.