Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai amat melampau dan tidak sepatutnya dikeluarkan.<br /><br />Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata tindakan DAP itu seperti mahu mengajar mengarahkan PAS supaya menukarkan presiden mereka jika mahu terus kekal dalam Pakatan.<br /><br />Akhbar milik Umno itu juga melaporkan Haron sebagai berkata PAS sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada Pakatan, maka parti Cina itu dipersilakan keluar.