Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendedahkan bahawa projek Pusat Berita RTM adalah hanya sebuah bangunan tanpa sebarang kemudahan.<br /><br />Menurut pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, PAC juga mendapati pusat berita bersepadu ini tidak memuaskan kerana ia tidak mengikut tajuk projek dan tidak menepati objektif projek berkenaan.