Beberapa saksi mendakwa pesawat tambang murah Germanwings yang membawa 150 orang ketika terhempas di Banjaran Alps, selatan Perancis dilaporkan berkecai.<br /><br />Seorang pegawai kerajaan tempatan pula memberitahu akhbar Echos, serpihan terbesar pesawat Airbus A320 milik Germanwings, syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa itu adalah sebesar kereta.
