Pergelutan tercetus antara polis anti-rusuhan dengan orang ramai yang hadir di luar balai polis Kelana Jaya, Petaling Jaya sebagai tanda solidariti kepada peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditangkap semalam.<br /><br />Kekecohan berlaku apabila polis mahu memindahkan mrereka yang ditahan itu ke ibu pejabat polis Shah Alam.<br /> <br />Tolak-menolak berlaku apabila lebih 50 kakitangan Light Strike Force cuba membuka ruang di kalangan 200 orang yang hadir bagi memberi laluan dua trak polis yang menunggu untuk mengangkut peserta demonstrrasi.