Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menegaskan parti itu lebih mengutamakan hukum Allah - hudud - daripada hukum manusia termasuk urusan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat.<br /><br />Beliau juga menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak dengan perjuangannya melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan keras daripada sekutunya, lapor Utusan Malaysia hari ini.<br /><br />Katanya, Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatan sehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.