Sekurang-kurangnya 142 orang terbunuh, manakala 260 lagi cedera selepas tiga pengebom berani mati menyerang dua buah masjid yang menjadi tumpuan anggota pemberontak Huthi, di Sanaa.<br /><br />Seorang pengebom berani mati dilapor meletupkan dirinya di Masjid Badr, selatan Sanaa, sebelum diikuti letupan kedua di sebuah pagar di masjid yang sama pada ketika para jemaah cuba menyelamatkan diri.<br /><br />Serangan pengebom berani mati yang ketiga pula dilaporkan di Masjid Al-Hashahush, utara Sanaa.
