DAP tidak berganjak bahawa rang undang-undang persendirian PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan, jika dibentangkan di Parlimen, memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk diluluskan.<br /><br />PAS sebelum ini berkata bahawa rang undang-undang itu hanya memerlukan majoriti mnudah untuk diluluskan dengan MP Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui perkara itu.<br /><br />Bagaimanapun, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata pelaksanaan hudud di negeri itu masih memerlukan pindaan perlembagaan yang juga memerlukan dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.