Supermodel Gisele Bundchen dari Brazil yang dilaporkan sebagai model yang mendapat bayaran tertinggi di dunia sejak lapan tahun lalu mengumumkan persaraannya.<br /><br />Menurut jurucakapnya, Bundchen, 34 tahun mahu meluangkan masa bersama keluarga dan memberi tumpuan kepada projek khas setelah berkecimpung selama 20 tahun dalam dunia model.