DAP kecewa dengan tindakan PAS Kelantan “menikam dari belakang” dengan membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hari ini.<br /><br />Oleh itu, setiausaha organisasinya, Anthony Loke, dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP akan bertemu pada Isnin depan untuk membincangkan hala tuju mereka dalam Pakatan Rakyat.<br /><br />Menurutnya, DAP perlu menilai semula perkara itu kerana tindakan PAS mengingkari persetujuan yang dicapai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac lalu.
