Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat.<br /><br />Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap atas dakwaan menghasut kerana membaca ucapan bapanya yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat minggu lalu.