Vanuatu memberi amaran bahawa kepulauan di Pasifik itu bakal berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan selepas dibadai teruk oleh taufan Super Cyclone Pam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.<br /><br />Selain itu, menurut Presiden Baldwin Lonsdale, perubahan iklim adalah faktor utama kepada kemusnahan di mana di ibu negara Port Vila sahaja enam orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.
