Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terus mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).<br /><br />Menolak keharusan itu, Khairudin - pemegang doktor falsafah dalam bidang pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebaliknya berpendapat cukai GST “haram”.
