Militan Negara Islam (IS) bertindak memancung kepala dua lelaki yang didakwa terbabit mengadakan hubung seks sesama mereka.<br /><br />Portal berita Daily Mail menyiarkan semula gambar yang memaparkan tiga lelaki itu dengan mata bertutup kain, melutut di sebuah bulatan di jalan raya sambil disaksikan orang ramai.<br /><br />Menurut keterangan gambar-gambar yang disiarkan itu laman IS itu, dua daripada lelaki itu dipancung kerana terbabit dalam perlakuan homoseksual manakala seorang lagi atas kesalahan menghina Islam.
