Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 80 lagi cedera selepas kumpulan militan Taliban melancarkan serangan berani mati terhadap dua buah gereja, di Lahore, Pakistan.<br /><br />Serangan dilancarkan ketika orang ramai sedang berkumpul di gereja yang terletak pada jarak 500 meter di antara satu sama lain itu, di kawasan yang didiami lebih 100,000 penganut agama Kristian.