Walaupun sudah membayar lebih RM2 bilion sejak awal tahun ini, namun hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kemungkinan besar akan bertambah.<br /><br />Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ini adalah kerana sebahagian besar hutang itu dibuat dalam bentuk dolar Amerika Syarikat.<br /><br />Dalam kenyataan media hari ini, pemimpin DAP itu menganggarkan hutang 1MDB akan menghampiri RM50 bilion.