Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad lazimnya akan menjawap apa sahaja soalan politik dan isu semasa yang dilemparkan kepadanya. <br /><br />Namun hari ini, beliau bertegas tidak mahu menjawap soalan lain termasuk mengulas mengenai syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda kontroversi.<br /><br />Bercakap pada sidang media di Universiti Perdana di Serdang, beliau secara berseloroh berkata 1MDB tidak ada kaitan dengan universiti itu dan mereka tidak meminjam sebarang wang daripadanya.
