Menteri Besar, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan persekutuan lupus secara automatik apabila kerajaan pusat cuba mengambil alih 26,000 kilometer persegi tanah Selangor.<br /><br />Menurut Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum ini hanya membabitkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan persekutuan, dan bukannya membabitkan tanah.<br /><br />Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan BN itu tidak selaras dengan semangat perjanjian.
