Usul Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng supaya sidang Dewan Rakyat membahaskan usul mengenai ancaman kumpulan militan Negara Islam atau IS di negara ini ditolak.<br /><br />Katanya, usul berkenaan dibuat kerana keresahan berhubung laporan akhbar bahawa dua pemuda dari negara ini berjaya lolos dan menyertai IS telah dikesan terbabit dalam satu rakaman video penyembelihan seorang rakyat Syria.
