Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjanji untuk mengkaji semula keputusan melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang parlimen, kata Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali.<br /><br />Katanya, pada pertemuannya dengan Pandikar, petang tadi, selaku menteri besar Selangor, beliau melahirkan rasa kecewanya kerana Pandikar masih mengiktiraf Anwar sebagai seorang ahli parlimen dan juga jawatan ketua pembangkang.