Seorang lelaki warga tempatan disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, berhampiran Klang, hari ini.<br /><br />Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pada kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan.<br /><br />Cubaan polis untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan.