Polis memberi jaminan tahap keselamatan di Selangor masih terkawal dan rakyat tidak perlu gusar dengan penyebaran maklumat mengenai insiden pergaduhan beberapa kumpulan kongsi gelap baru-baru ini.<br /><br />Mengulas kes tembakan yang membabitkan keluarga seorang pemimpin politik MIC di Hulu Langat Isnin lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata siasatan masih dijalankan.<br /><br />Isnuin lalu, mangsa dibunuh ketika memberhentikan kenderaannya persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, Kajang oleh dua lelaki yang menaiki motorsikal.
