Pelbagai pihak dalam PAS termasuk pemerhati politik tidak menolak kemungkinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal dicabar pada pemilihan parti pada Jun ini.

Menurut akhbar Sinar Harian yang memetik penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan yang meramalkan Hadi bakal dicabar.

Katanya, pemimpin yang dilihat berpotensi mencabar Hadi adalah timbalannya Mohamad Sabu.

Menurut Dr Azmi, dalam apa yang digelar golongan profesional dalam PAS, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu paling lantang bersuara dan dilihat kurang sealiran dengan Abdul Hadi.