Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim belum dilucutkan sebagai ahli parlimen, beliau tetap adalah ketua pembangkang.<br /><br />Diasak wartawan sama ada sebagai parti pembangkang yang memiliki kerusi terbanyak adakah DAP berminat dengan jawatan itu, katanya, Pakatan Rakyat akan berbincang mengenainya hanya selepas kedudukan Anwar ditentukan.