Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah pada 9 Mac depan berikutan permintaan keluarganya yang mahu kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.<br /><br />Aminulrasyid yang berusia 14 tahun mati pada 26 April 2010 akibat ditembak polis sewaktu keluar makan malam bersama kawannya pada hari kejadian.
