PKR merancang untuk membanjiri akaun Twitter Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan dengan laporan polis menggesa kes pembunuhan Altantuya Shariibuu dibuka semula.<br /><br />Setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli berkata laporan polis besar-besaran akan dibuat minggu ini berikutan kesediaan bekas komando polis Korporal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu untuk mendedahkan segala-galanya berkaitan kes pada 2006 itu.
