Kira-kira 15,000 rakyat Mesir pulang ke tanah air berikutan pergolakan memuncak di Libya dengan menyeberang sempadan di Sallum selepas kumpulan jihad Negara Islam (IS) membunuh 21 penganut Kristian Koptik.<br /><br />Minggu lalu, jet pejuang Mesir dan Libya mensasarkan lokasi IS di Libya selepas kumpulan jihad itu menyiarkan video bertarikh 15 Februari yang menunjukkan penganut Kristian dipenggal kepala mereka.