Exco Pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang ditahan polis di rumahnya di Shah Alam, malam semalam mempersoalkan tindakan polis yang begitu dramatik menahannya ketika anaknya kecilnya sedang tidur.<br /><br />Katanya, pihak polis mempunyai ruang yang secukupnya untuk menahannya semasa beliau sedang bersolat di Balai Polis Jinjang tetapi tidak berbuat demikian, sebaliknya memilih menyerbu rumahnya pada waktu malam.
