Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.<br /><br />Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.