Jabatan Penjara menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi sebarang keistimewaan dan menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh.<br /><br />Menulis di Facebook rasminya, jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu yang memetik seorang pegawai kanannya.<br /><br />Dalam isu penggunaan Internet, katanya larangannya terpakai kepada semua banduan.
