Kenyataan presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali di laman Facebook berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial.<br /><br />Tulisan itu menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam Ibrahim itu kerana tidak sensitif.<br /><br />Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam semalam antara lainnya menyebut bahawa pemergian mursyidul am PAS itu tidak mengejutkan kerana sudah lama tidak sihat.