Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan duduk berbincang dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai Lai berikutan arahan kabinet yang mahu kedua-dua pihak membuat penjelasan rasmi berhubung seruannya agar pengguna Melayu memboikot peniaga Cina.<br /><br />Katanya, beliau berharap perjumpaan itu boleh diadakan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina pada Khamis depan supaya semua pihak dapat “beraya dengan hati yg terbuka dan tanpa sebarang masalah.”
