Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata keprihatinan mendalam terhadap rakyat Malaysia, mendorong beliau untuk memulakan petisyen kepada White House.<br /><br />Petisyen berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang menghumban Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai campur tangan asing.<br /><br />Dalam e-melnya, Malott berkata beliau percaya bahawa kata-kata saja tidak mencukupi dan pentadbiran Presiden Barrack Obama perlu memberi perhatian yang lebih kepada hak asasi manusia.